Watak dan Perwatakan Ishida_Uryū

Ishida Uryū berambut hitam, memakai kaca mata (lalu digelar si empat mata oleh beberapa rakan sekelas) dan merupakan remaja dengan ketinggian biasa. Di sekolah, Ishida memakai seragam sekolah bersama-sama tali leher sementara di luar pula dia mengenakan pakaian putih Quincy dengan jaluran biru untuk melambangkan "Quincy cross".

Secara amnya, Ishida adalah seorang yang pemalu dan pendiam tetapi sentiasa berusaha untuk tampak hebat apabila berada dalam kalangan orang ramai. Sebagai contoh, ketika di Soul Society, dia memakai mantel yang tidak menyumbang kepada apa-apa kebaikan (malah mengehadkan pergerakannya) kerana artikel itu membolehkan Ishida kelihatan bergaya. Dia juga membawa mantel simpanan ke sana. Selain itu, dia cenderung untuk bercakap dengan dramatik.

Ishida menjalankan tugas berdasarkan etika moral yang dikenali sebagai "Maruah sebagai Quincy" dan berpegang teguh kepada keadilan. Dia juga sentiasa mempertahankan pihak wanita yang diancam oleh mana-mana lelaki. Sikap ini telah diperlihatkan beberapa kali dalam siri ini; dia cuba mempertahankan Kuchiki Rukia daripada Abarai Renji ketika dia dan Kuchiki Byakuya ke dunia manusia untuk memberkas Rukia. Dia juga sentiasa melindungi Inoue Orihime daripada ancaman dalam babak Soul Society.

Ishida tidak menghormati ayahnya, Ryūken. Dia memanggil ayahnya dengan nama dan tindakan ini dianggap amat biadab dalam komuniti Jepun. Tetapi, Ishida makan hati apabila Rukia mengatakan bahawa hospital Ishida (ayahnya merupakan pengarah terkini) sudah usang dan Renji berkata bahawa hospital tersebut hanya untuk diperagakan sahaja.

Ishida mempunyai tekanan darah rendah dan tidak suka berlengah-lengah. Perkara lain yang dibencinya juga agak pelik: butang (walaupun amat berkemahiran dalam kerja-kerja menjahit) dan perkataan "kacau-bilau". Makanan kegemarannya ialah stew miso makeral yang dimasak di rumah. Rancangan TV kegemarannya ialah "Bura-Rei" oleh Don Kanonji. Bayang-bayang yang melompat keluar dari sekumpulan penonton semasa Kanonji mula-mula diperkenalkan ialah Ishida.